nie sume kawan aku yang kasi tpi pe pun sume yg dia kasi n aku mskkan kat sni adalah pangajaran tuk sume n boleh dijadikan pengajaran yang boleh di kongsi bersama
Ambillah pengajaran..~~maafkan ana sahabat
By: shikineliza
Assalamualaikum....wahai sahabat-sahabatku..ambillah iktibar dari kisah ini...
Di sebuah keluarga, ada seorang anak yang mana akhlaknya kurang baik. Dia sangat pemarah...
Hingga suatu ketika, ibunya memanggilnya dan menasihatinya.
"anakku," ujar beliau lembut,"mulai dari sekarang..cubalah elakkan sifat pemarahmu wahai anakku "
"Ibu nih..kenapa? asyik nak berceramah jer...borimglah!!!!!" herdik sang anak tanpa rasa berdosa...
Ibunya menahan rasa kecewa lalu berkata kembali.
"Satu Nasihat dari Ibu untukmu, terserah padamu akan kau laksanakan atau tidak. Saran Ibu, ketika amarahmu memuncak...lepaskan lah ia pada perbuatanmu.Apabila kau marah,kau tancapkanlah satu paku di pagar belakang rumah kita setiap kali engkau marah."
Panas hati sang anak mendengar nasihat yang panjang dari Ibunya. Namun, kerana dirasa nasihat ini baik untuknya maka dilaksanakannya pula.
Akhirnya setiap kali dia marah maka ditancapkannya satu paku di pagar belakang rumahnya. Dan lama-kelamaan, sifat pemarahnya makin hari makin berkurang hingga hilang sama sekali.
kemudian ditemuinya kembali sang ibu seraya berkata lembut, "Ibu, akak rasa sifat pemarah akak sekarang mulai berkurang. Terima kasih atas nasihatmu dulu, dan maafkan akak sbb selalu sangat marah pada ibu"
Ibunya pun dengan tersenyum menjawab, "Baiklah ibu memafkanmu. Sekarang setiap kali engkau mendapatkan kesenangan, cabutlah tiap paku yang ada di pagar belakang rumah kita."
Anaknya pun sedikit kehairanan, namun sama seperti sebelumnya, dilaksanakan juga nasihat tersebut. Hingga akhirnya semua paku telah tercabut habis dan dia pun menceritakan kembali ke ibunya.
Mengetahui anaknya menjalankan nasihatnya dengan baik.. Sang ibu mengajak anaknya menuju pagar tersebut.
Sesampainya di belakang rumah, ibunya berkata, "Cuba akak beritahu ibu, apa yang akak nampak pada pagar itu."
Anaknya berfikir lalu berkata "sebuah pagar dengan penuh lubang daripada kesan2 paku" jawabnya.
sang ibu dengan lembut berkata,"inilah engkau selama ini anakku. Setiap kali engkau marah kepada seseorang, saat itulah kau tancapkan paku, ke hati orang tersebut. Dan selanjutnya engkau pun meminta maaf kepadanya dan kau cabut paku itu."
"Namun, perlu akak tahu, setiap kali akak mencabut paku dari hati seseorang, selalu akan ada bekas luka yang membekas. Sama ketika akak menancapkan paku di pagar ini dan mencabutnya."
anaknya pun menangis dan memeluknya " maafkan akak ibu,...." lirihnya.
Buat sahabat-sahabat yang ana kenali..,
ana hanyalah insan biasa, yang penuh khilaf dan salah..maafkan ana bila selama ini telah ana tancapkan paku di hati antum dan antunna semua...ana tahu ada diantara kalian semua yang telah banyak disakiti ana..maafkan ana kerana telah banyak meninggalkan kesan-kesan paku tersebut...
Maafkan ana kerana tidak menjadi sahabat yang baik buat antum dan antunna semua selama mana kita bersama-sama dalam perjuangan ini..maafkan ana kerana ana telah gagal menutup lubang-lubang yang telah mencetuskan 'perang saudara' antara kita, merosakkan mahabbah dan menumpahkan darah..berilah ana peluang untuk memperbaiki diri ini..
selagi nyawa masih ada di jasad, ana pinta keikhklasan kalian atas khilaf diri ini...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan