tuk pengetahuan korang je nie
Ketika kamu mencintai seseorang,
Janganlah mengharapkan balasan,
Jika kamu memikirkan hal tersebut,
Kamu bukanlah mencintai
Tapi mengharapkan sesuatu.
Saat mencintai seseorang,
Jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu
Seperti kamu mencintainya
Kerana salah seorang di antara kamu
Pasti akan memberikan lebih
Dan seorang lagi kurang
Sebuah cinta sejati
Mampu mendengar apa yang tidak dikatakan
Dan mengerti apa yang tidak dijelaska
Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang
Tetapi lahir dari hati yang paling dalam
Cintailah seseorang seperti
sungai yang mengalir selamanya
Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga,
Bunga akan mati di saat musim berganti
Cinta tidak akan indah
Jika pasangan tidak mampu
menjadi sahabat bagi pasangannya
Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat
Saat mencintai seseorang
kamu harus siapkan diri menerima penderitaan
Bukan cinta andai ianya
hanya membahagiakan
Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta
Kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan
Kamu sendiri yang menyebabkanrasa sakit itu tercipta
Jangan terlalu mengikut kata hati
Kerana akan membuat kamu semakin terluka
Dan terus meners menangis merenungi rasa sakit itu…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan