Ahad, 19 September 2010

CINTAKU

aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan dalam cinta. yang aku tahu aku terlalu menyayangi dirinya. aku sedar yang aku telah menyakiti hatinya,namun hati aku teramat sakit apabila aku membuat kau begitu. aku rindukanya namun aku kuatkan hatiku untuk membiarkanmu pergi. pergi jauh dari hidupku. kerana aku cuma mahu kau mencari bahagia yang kau inginkan walaupun aku mencintaimu sepenuh hatiku. aku tahu itu satu tindakan yang bodoh namun andai masa dapat diputarkan kembali aku tidak sanggup untuk melepaskan kau pergi kerana aku terlalu sayang padamu. namun apakan daya semua telah berlaku. kini kau bukan lagi milikku. aku menyesal buat kau begitu, mungkin sekarang kau terlalu membenciku kerana aku penyebab keretakan hubungan kau dengan dia. tapi mengertilah sayang aku cuma hendak tahu samaada dia sayang kamu atau tidak. ternyata dia salah faham.aku minta maaf atas semua itu.aku tidak bermaksud untuk memutuskan hubungan kamu dan dia kerana aku terlalu sayangkan kamu. dan seandainya kamu tahu sehingga saat ini aku menanti kau pulang kesisiku. cintaku padamu tidak pudar walau sedikitpun.
rinduku padamu tidak pernah kurang walau seincipun. memang bodoh aku menati sesuatu yang tidak pasti namun itulah hakikatnya aku menunggu mu tanpa penghujung. sampai bila aku mampu bertahan aku pun tidak pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman