tanggal 11september iaitu hari raya ke2 saya dan dia hanya tinggal kenangan..
even hati ini terlalu sakit namun apakan daya ada insan lain yang lebih layak untuk dia...
hanya dengan permintaan yang dianggap hanya mainan aku melepaskan dia.
"awak boleh tak tolong lepaskan saya" dia bertanya
"apa?"
"tak ada apa-apa lah."
"awak nak saya lepaskan awak ke?"tanya ku meminta kepastian
"lau boleh. tapi awak boleh ke lupakan saya?"
"insyaallah saya boleh. even lambat tapi insyaallah saya mampu lupakan awak. saya akan lepaskan awak seandainya itu yang awak mahukan dari saya"hati aku menangis tapi aku tidak mampu mengeluarkan airmata kerana telah banyak airmata yang aku keluarkan sebelum ini..
"awak ok ke? untuk buat keputusan camni saya menangis awak..saya menangis sebab saya tak mampu nk sayang awak seperti awak sayang saya"
seandainya kau menangis di waktu itu hatiku menjerit untuk kau bebaskan aku dari seksa cintamu. kerana cintamu aku menangis saban hari bertanya kan diri 'mampukah aku meraih cintamu,sedangkan sekarang kau telah mengisi hati mu dengan namanya'..aku pun hanya mampu tersenyum sendiri menahan sebak di dada..'akhirnya kau mampu membuat keputusan walaupun kau merasa bersalah padaku'
"saya ok. terima kasih sebab berterus-terang dengan saya. saya minta maaf seandainya di sepanjang perhubungan ini saya banyak buat salah dan silap kat awak" hatiku menjerit meminta simpati dari sesiapa sahaja untuk aku berkongsi duka ini.dan akhirnya aku memilih temanku untuk bercerita sambil menenangkan hati ini.. terima kasih padanya kerana berjaya membuat aku tidak menangis dan ketawa pada malam itu.
"awak tak salah tapi saya yang salah"
" tak pe la awak, k la saya tak nak ganggu awak sekarang.mybe awak nak spend time dengan dia sekarang saya minta diri dulu."aku tidak mampu untuk berhadapan dengan dia lagi...even aku tidak menangis tpi hati aku hancur...dan di saat ini airmataku sedang bergenang di kelopak mataku tapi ku cuba tahan dri gugur kepipi tapi apakan daya ia tetap membasahi pipiku...
"lau itu yang awak cakap ok la"
saat itu berakhirlah episod kami yang tiada kesudahan.dia dengan haluannya dan aku tetap disini menanti sinar hidupku yang baru...semoga hariku tetap cerah dan semakin cerah di hari yang mendatang...sepi hidupku bermula namun ia bukan kesudahan bagi jalan hidupku kerana aku yakin masih ada insan lain yang menyayangi aku dan aku akan berusaha untuk lupakan nya secepat yang aku mampu. agar aku tidak terlalu kecewa dengannya kerana dia cuma insan yang telah mengajar aku erti sebuah percintaan bukan berakhirnya semua cinta dalam hidupku. terima kasih untuk dia kerananya aku akan berhati-hati dalam memilih pasangan.

wana, tabah k~
BalasPadam