Ahad, 8 Ogos 2010

RaSa HaTiKu


Sesekali ku rasa teringin,  
Melewati hari-hari yang mendamaikan,
Namun masihkan ada ruang untuk aku,
Untuk aku mengecapi hari-hari itu ,
 
Sesekali aku rasa teringin
Melewati waktu-waktu yang indah,
Namun mampukah aku melewatinya
Seandainya aku masih disitu
 
Adakala aku rasa teringin
Teringin untuk maju kedepan
Namun masihkah ada cebisan ruang
Ruang untuk aku menuju kearah itu
 
Adakala aku teringin
Ada orang mendengar keluh resahku
Namun masih adakah yang sudi
Sudi berada di sisiku
Untuk aku terus bangkit dari khayalan mimpiku
 
Ku wanita cuma dengan airmata
bukan aku mahukan simpati
ku Cuma sekadar mahu lepaskan rasa hati
rasa keluh resahku yang tak di pedulikan
 
kucuba tuk luahkan
namun tiada yang sudi
dan akhirnya ku pendam sendiri
memendam rasa yang memakan hatiku
rasa yang semakin hari semakin parah
dan akhirnya aku tetap sendiri
 
ku cuba dan terus mencuba
namun ternyata aku terlalu lemah
dan akhirnya hanya pada-NYA
aku meluahkan rasa hatiku
rasa hati yang telah lama memakan diri...
hakikatnya aku lemah
namun cuba tuk kuatkan hatiku tanpa simpati sesiapa
dan ternyata aku tidak MAMPU tuk melepaskan RASA HATI 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman