Isnin, 30 Ogos 2010

ApAkAn DaYa




Cinta sesuatu yang amat indah namun apakan daya entah dari mana silapnya ia menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Pernah aku bertanya padanya.


“pernah x awk sayangkan saya?”


“saya sayangkan awak tapi saya tak boleh menyayangi awak sepertimana awak menyayangi saya”


Apakah maksudmu dengan kata-kata itu. Nama je bercinta tapi hakikatnya hatimu bukan sepenuhnya pada insan yang dicintai...


“Awak pernah rasa bahagia sepanjang bersama saya?”


“ saya tak pernah bahagia awak. Dan awak pun mesti tak pernah bahagiakan bersama saya kan ?”


Bagaimana nak bahagia seandainya dirimu sendiri tidak pernah untuk merelakan bahagia yang datang. Apa gunanya bercinta tapi perasaan sayang tidak sepenuhnya.


“kenapa masih bersama saya seandainya awak tidak bahagia?”


“sebab saya sayang awk seorang saja.”


“awak seperti memaksa hati awak untuk menyayangi saya. Sedangkan sebenarnya tidak ada sedikit pun ruang untuk saya bertapak di hati awakkan?.”


”saya sayang awk Cuma saya tak mampu untuk sayang awak sepertimana awak menyayangi saya jadi awak jangan lah salah faham.”


Apakah makna sayang yang sebenarnya. Memang mudah untuk mengungkapkan kata sayang tapi hakikatnya ruang-ruang yang ada tidak sedikitpun tertulis namaku.Cuma setakat dibibir saja.


“seandainy suatu hari nanti awak berjumpa dengan orang yang betul-betul dapat mencuri hati awak, bagitahu la saya agar saya boleh mengundurkan diri saya dari hidup awak sebab apa yang saya mahukan hanyalah kebahagiaan awak...”


“why me? Not you?”


“ sebab saya tak mampu tapi awak lain cinta dan sayang awak masih mampu beralih arah lagi tapi hati saya cuma ada awak that why la you not me”


“habis macam mana dengan awak?”


“maybe susah untuk saya lupakan awk tapi insyaallah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lepaskan awk demi orang yang awak cintai..”


Seandainya cintamu hanya untukku akan ku berikan hatiku Cuma untukmu. Namun apakan daya hatimu bukan untukku dan aku pasrah menerima takdir itu walaupun amat perit untuk aku melaluinya.


“awak snggup lepaskan saya”


“andai itu yang mampu membahagiakan awk saya rela walaupun yang sakit Cuma saya”


“tak saya akan tetap bersama awk”


“walaupun bersama saya melukakan hati awk?.. sakit tahu bila cuba mencintai orang yang tidak kita cintai dan lagi sakit bila orang yang kita cintai tidak menyintai kita. Awk fikirkan la”


Sememangnya hati ini teramat sakit sekali bila kau berkata yang kau tidak mampu menyayangi aku seperti aku menyayayngi mu. Tiada siapa yang tahu bertapa hancurnya hati aku di saat kau meluahkan isi hatimu. Namun aku berterima kasih setelah sekian lama akhirnya kau luahkan apa yang terbuku dihatimu kerana selama ini teramat susah sekali untuk kau meluahkan perasaanmu kepadaku dan setiap kali aku bertanyakan hal itu kau akan cuba mengelak.


”kita cuba terukan k”


“we will try but if kte x mampu kte stop sampai situ je k. Saya takut makin lama saya dengan awk makin susah untuk lupakan awak”


Seandainya kau tahu aku terlalu menyintaimu sehinggakan aku lupa untuk menyayangi diriku sendiri. Ku berikan segala yang kau mahukan namun apakan daya cintaku hanya terbalas setakat dibibir saja. Puas sudah aku mencuba namun apakan daya hatimu terlalu sukar untuk aku cerobohi. Dan aku kini hanya mampu tersenyum melihatmu dari jauh. Walaupun kau adalah kekasihku tapi hakikatnya kita terlalu jauh berdiri. Dirimu hanya dengan duniamu saja dan aku hanya mampu memendam rasa hati.


Ya ALLAH kau tabahkanlah hatiku dan kau temukanlah dia dengan insan yang dia sayangi dan mampu memberikan dia kebahagiaan yang dia cari selama ini dan yang tidak mampu aku berikan padanya. Sesungguhnya yang aku mahukan Cuma kebahagiaannya. Walaupun kebahagiaan itu bukan dariku dan kebahagiaan itu akan meremutkan hatiku sendiri....

1 ulasan:

  1. salam..

    semoga bertemu cinta sejati dalam hidup..carilah cinta ilahi terlebih dahulu, pasti kebahagiaan hakiki yang saudari akan jumpa..berdoalah dipertemukan jodoh yang terbaik..

    wasalam..

    BalasPadam

Halaman